Tuesday 24 July 2012

Istilah-istilah yang melibatkan penambahan dan penolakan




"Lagu ini adalah untuk digunakan dalam operasi tolak dan tambah terutama sekali dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan kedua-dua operasi tersebut. Istilah-istilah ini akan memudahkan murid-murid dalam mengenal pasti operasi yang perlu dijalankan dalam topik-topik tertentu"





Kalau jumpa sebelum, kita tolak…tolak

Kalaulah jumpa kurang, kita tolak…tolak
Kalaulah jumpa beza, kita pun juga tolak…tolak
Sebelum, kurang, beza, kita tolak…tolak

Kalau jumpa selisih, kita tolak…tolak
Kalaulah jumpa banding, kita tolak…tolak
Kalaulah jumpa rugi, kita pun juga tolak…tolak
Selisih, banding, rugi, kita tolak…tolak

Kalau jumpa diskaun, kita tolak…tolak
Kalaulah baki banding, kita tolak…tolak
Kalaulah jumpa awal, kita pun juga tolak…tolak
Diskaun, baki, awal, kita tolak…tolak

Kalau jumpa selepas, kita tambah…tambah
Kalaulah jumpa lebih, kita tambah …tambah
Kalaulah jumpa lewat, kita pun juga tambah
Selepas, lebih, lewat, kita tambah…tambah

Kalau jumpa dividen, kita tambah…tambah
Kalaulah jumpa tamat, kita tambah…tambah
Kalaulah jumpa jumlah, kita pun juga tambah
Dividen, tamat, jumlah, kita tambah…tambah
Dividen, tamat, jumlah, kita tambah…tambah

Friday 13 July 2012

Belajar ABAKUS



Ramai yang beranggapan bahawa abakus sangat susah untuk difahami dan leceh untuk menggunakannya dalam pengiraan. Ramai antara murid-murid semua menyatakan susah untuk ingat cara mengira dengan menggunakan abakus terutama sekali yang melibatkan nombor besar dan operasi yang sukar. Di sini, saya sertakan pautan yang dirasakan sangat membantu murid-murid semua dalam memahami langkah-langkah pengiraan menggukannya....Selamat mencuba!!

Monday 9 July 2012

Kenali ABAKUS


Sumber: Modul Abakus 2011 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Ingatan:
  • Hanya 3 jari digunakan dalam pengiraan melibatkan abakus iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari  hantu
  • Ibu jari digunakan untuk mengerakkan manik bawah ke arah palang pemisah
  • Jari telunjuk digunakan untuk mengerakkan manik bawah menjauhi palang pemisah
  • Jari hantu digunakan untuk mengerakkan manik atas mendekati dan menjauhi palang pemisah.

Friday 6 July 2012

Latihan Tambah Tiga Nombor Tanpa Mengumpul Semula


Latihan ini adalah sebagai latihan pengukuhan untuk topik penambahan tiga digit nombor tanpa pengumpulan semula..

Thursday 5 July 2012

Time Worksheet





"Read the calendar and fill in the blank according to the information given"


Tuesday 3 July 2012

Lagu Bongkah




"Mari mengenali bentuk-bentuk 3-D melalui lagu ini supaya mudah untuk membezakan bentuk-bentuk ini berdasarkan ciri-cirinya tersendiri"